ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ
Pada
tanggal 2 hingga 4 Disember 2016, Persatuan Silat Seni Gayong Universiti
Malaysia Pahang (PSSGMUMP) Gelanggang Naga Rantau telah berjaya menganjurkan
Kem Khidmat Komuniti & Motivasi Berasaskan Silat (KIKOS) 3.0
bertempat di Kempville Beach Resort, Kuantan dengan hasil
kerjasama antara pihak PSSGMUMP dengan Sek. Men. Keb. Indera Syahbandar dan Sek.
Men. Keb. Gambang. Kolaborasi ini merupakan kolaborasi yang ke-3 dan projek
pada tahun ini diketuai oleh saudari Nor Azreen Binti Zabir.
Kem yang
telah disertai oleh 25 orang pelajar daripada 2 buah gelanggang angkat PSSGM
UMP iaitu gelanggang SMK Gambang dan SMK Indera Shahbandar, Pekan dibantu oleh
24 orang fasilitator daripada gelanggang Naga Rantau, UMP.
Pelbagai
aktiviti menarik telah dijalankan bagi mencapai objektif program iaitu untuk
melahirkan dan mengukuhkan generasi yang cintakan ilmu, celik sejarah,
berdisiplin, dan bersemangat kental sebagai lambang waris kepimpinan negara
yang teguh.
Jumaat
| 2 Disember 2016
Jam 2.30
petang, para peserta dan fasilitator telah bertolak dari kedua-dua kampus Pekan
dan Gambang menuju ke tempat kem di Kempville Beach Resort, Kuantan. Kemudian,
Program diteruskan lagi dengan penyampaian taklimat kursus oleh pengurus projek
saudari Nor Azreen Binti Zabir.
Hari
pertama membuka tirai dengan slot 'Khidmat Komuniti'. Para peserta dibahagikan
kepada dua kumpulan besar dan ditugaskan untuk membersihkan kawasan persekitaran
di Pantai Kempadang. Selepas itu, peserta diberi masa untuk khidmat diri dan
makan malam. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi seusai selesai sembahyang
maghrib dan juga isyak iaitu slot 'Pelajaran Sejarah Gayong' yang disampaikan
oleh Cikgu Mohd Khairul Anwar bin Ahmad dan diiringi oleh Cikgu Mohd Firdaus
bin Osman.
Cikgu Khairul Anwar
(kiri) menyampaikan sejarah berkenaan silat
Tepat jam
10.00 malam, telah berlansungnya slot 'Ice Breaking'. Peserta dibahagikan
kepada 4 kumpulan secara rawak beserta seorang fasilitator setiap kumpulan.
Beberapa permainan kecil dilakukan memeriahkan lagi suasana pada malam
tersebut.
Sabtu
| 3 Disember 2016
Hari
kedua dimulakan dengan senaman pagi dan larian di tepi Pantai Kempadang.
Selepas itu, program diteruskan dengan slot ‘Latihan Silibus Gayong’. Slot ini
dibahagikan kepada empat bahagian; pelajaran latihan asas, pelajaran seni
kombat, pelajaran seni kunci mati dan pelajran seni pentas hidup. Latihan ini
adalah pecutan terakhir sebelum ujian kenaikan bengkung keesokan harinya.
Latihan Silibus Gayong
Seusai
solat Asar, tepat jam 5.00 petang slot ‘Explorace’ dimulakan dan setiap
kumpulan dikehendaki pergi ke 4 checkpoint yang berlainan. Checkpoint pertama
ialah ‘Bowling Stokin’. Dalam chechpoint ini, peserta harus menggunakan stoking
masing-masing bagi menjatuhkan pin-pin bowling tersebut. Checkpoint seterusnya
ialah ‘Kuiz Sejarah Gayong’. Para peserta harus menjawab berberapa soalan
berkaitan ‘Pelajaran Sejarah Gayong’ yang disampaikan oleh Cikgu Khairul Anwar
sebelum ini. Peserta perlu melalui berberapa halangan.
Laluan berhalang
Checkpoint
yang ke-3 ialah ‘Paku Gantung’. Para peserta diberikan 9 paku dan perlu
mendirikan paku tersebut dalam susunan tersendiri. Dan checkpoint yang terakhir
ialah ‘Menara cawan’. Ketua akan diberikan contoh susunan dan perlu
menyampaikan kepada orang kedua dalam bahasa isyarat. Orang kedua pula akan
diikat tangan dan memberikan arahan kepada ahli yang lain tetapi ahli yang lain
diikatkan matanya.
Peserta sedang melakukan aktiviti 'Menara Cawan'
Sesudah selesai khidmat diri dan makan malam, para peserta bersama-sama dengan fasilitator menunaikan solat secara berjemaah. Bagi mengisi ruang yang ada antara waktu Maghrib dan Isyak, aktiviti yang dilakukan ialah Kelas Tajwid Al-Quran. Slot ini dikendalikan oleh saudara Faaizuddin dan dibantu oleh saudara Saufi, Nabil dan saudari Marliza. Tujuan slot ini ialah untuk memastikan bacaan surah-surah ringkas dibaca dengan betul dan tepat.
Ahad | 4 Disember 2016
Ahad | 4 Disember 2016
Pada hari
terakhir, aktiviti pagi dimulakan dengan pembukaan gelanggang oleh imam
gelanggang senaman pagi. Latihan dilakukan sebelum ujian kenaikan bengkung sebagai
persediaan yang terakhir. Tepat jam 10.00 pagi ujian kenaikan bengkung bermula
dan dikendalikan oleh gurulatih PSSGM Pahang cikgu Mohd Khairul Anwar bin Ahmad.
Ujian berlansung selama empat jam sahaja. Ujian berakhir dengan ucapan dan
pesanan dari Cikgu Khairul Anwar kepada semua peserta dan juga fasilitator.
Ujian Kenaikan Bengkung
Akhir
sekali, majlis penutup diakan secara besederhana sahaja dengan ucapan dari
pengurus projek dan penyampaian hadiah untuk peserta.
Sebarang pertanyaan lanjut / jemputan untuk PSSGM UMP (Gelanggang Naga Rantau) boleh dilakukan melalui email di pssgmump@gmail.com