Waktu Latihan
Gambang : Selasa dan Khamis (Blok W)
Pekan : Selasa dan Rabu (Pusat Aktiviti Pelajar)
Masa : 9:00 malam
Jelajah Warisan : Pak Hussian Kaslan
Cadangan untuk pergi jelajah warisan ini telah dicetuskan bersama2 oleh anak gayong universiti malaysia pahang dan cikgu shaiful hakim. Tetapi dari perancangan untuk pergi seramai lebih kurang 1o orang, hanya 6 org sahaja yang dapat pergi disebabkan oleh ketiadaan pasport. mungkin bukan rezeki mereka. semua disebabkan oleh sistem imegresen yang offline pada masa itu
perjalanan bermula selewat jan 2.00 pagi dari UMP dan bergerak menuju ke johore bharu. perjalanan melalui muazzam mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai ke Jb termasuk berhenti rehat, makan dan solat.
setibanya di johore bharu kami berehat sebentar dirumah seorang anak gayong UMP, iaitu achoi untuk mandi dan family beliau telah menyediakan sedikit sarapan kepada kami. Perjalanan ke singapore bermula jam 12 tgh hari
banyak dugaan dan cabaran yang kami tempuhi setibanya kami di singapore. Disebabkan line telefon pon dah bertukar dan terpisah di tengah jalan, jam 4 ptg baru kami sampai dirumah anak pak hussain, abg rahim.
pak hussain pada maa itu hanya mampu membuka mata sedikit. berkata2 pon sudah tidak mampu..tetapi masih bersemangat untuk bercakap apabila melihat anak2 gayong datang melawat beliau..itulah semangat gayong
kami sempat berbual2 dengan abang rahim berkenaan isu semasa berkaitan gayong, sama ada gayong malaysia dan juga pasak..wlaupon pertama kali kami berjumpa, tetapi hubungan kami dengan abang rahim begitu rapat, seperti juga lama bertemu..mungkin itulah berkat anak gayong..
sekembalinya kami dari singapore, terus kami pergi melawat cikgu Mohd Nor atas bantuan seorang sahabat lama segayong saya. Beliau merupakan salah seorang orang lama gayong dan merupakan bekas pengerusi majlis adat kebangsaan mengantikan arwah cikgu Kalsom.
banyak isu semasa yang diluahkan oleh beliau yang membuka mata kami anak2 gayong yang masih muda ini..
pada hari ahad kami bertolak pulang dan sampai ke pahang dengan selamatnya. Dua hari selepas kepulangan kami, kami dapat berita bahawa pak hussain kaslan telah menghembuskan nafas terakhirnya..
Al-fatihah buat arwah Pak Hussain, semoga ditempatkan ditempat orang2 yang beriman..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment