Waktu Latihan

Gelanggang Naga Rantau - UMP

Gambang : Selasa dan Khamis (Blok W)

Pekan : Selasa dan Rabu (Pusat Aktiviti Pelajar)

Masa : 9:00 malam

Pre-AGM

Assalamualaikum dan Hai!

Setelah lama blog ni tak di update, ini merupakan entri pertama selepas selesai perlantikan exco-exco baru bagi organisasi PSSGM UMP yang telah dilaksanakan pada 4 Mac 2012 di UMP kampus Pekan.

Dalam majlis kali ini, Anak-anak gayong dari kampus gambang bergerak ke kampus pekan bagi menghadiri sesi perlantikan exco-exco baru. Majlis dihadiri oleh para senior gayong dan penasihat Pssgm UMP en. Shaiful Hakim.

Solat Asar berjemaah di Masjid UMP-kampus pekan sebelum majlis dimulakan. Selepas solat asar kami mengadakan bacaan Yassin dan tahlil  arwah.


Ucapan ringkas daripada Penasihat En Shaiful Hakim dan Presiden Amir Abhar pada awal majlis Pre-AGM 2012/2013.

Anak-anak Gayong UMP bersemangat menghadiri majlis Pre-AGM di pusat aktiviti pelajar UMP Pekan. :)

sedikit penerangan tentang setiap posisi dalam organisasi pssgm ump. MT, MA, MPG, dan MG yang bakal dipertanggungjawabkan ke atas anak-anak gayong yang akan dilantik.

Sesi terakhir merupakan sesi aktiviti semester serta cadangan2 aktiviti yang ingin dilaksanakan dalam masa yang terdekat. 
senarai anak-anak gayong yang dilantik di bawah MT,MG,MPG dan MA.

Majlis Pre-AGM ini berlangsung pada pukul 5pm sehingga 9.30pm. Presiden dikekalkan Amir Abhar Azmi. dan saya selaku Exco Multimedia yang diberi tugasan untuk mengambil alih Blog Pssgm UMP



3 comments:

KcHik Ada KisAh? said...

per,,, terbaik r s/u ktew yg nie,,,tgk keadaan blog nie cm dh lmew x di update kan je...smge s/u ktew rjin2 kn lah utk update if de aktvty yg gayong buat okay... gud luck mino... :)

jakob said...

mmgla lame xupdate..ppn suke la tulis blog ni..laki ssh sket..hehe

ipan said...

hohoho..