Waktu Latihan

Gelanggang Naga Rantau - UMP

Gambang : Selasa dan Khamis (Blok W)

Pekan : Selasa dan Rabu (Rumah Pengetua KK5)

Masa : 9:00 malam

Saturday, March 24, 2012

Selangkah Ke Alam Pendekar


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Ok. Kali ni bertarikh 16/3 – 18/3, group Gayong Naga Rantau UMP m’adakan 1 program Selangkah ke Alam Pendekar. Disertai oleh pesilat2 UMP kampus Gambang dan Pekan. Around 37 org la cm tue.. So, macam2 yang ktaorg buat mse tue.. first day bertolak dalam jam 7am lebih kurang dr pecan dan gmbang 2 buah bus. Lepas tu sarapan then bertukar bas di highway, since 1 bas je yg pegi ke tranung di hari pertama, dan bus sebuah lgi m’jmput ktaorg dr tranung. : )

Sampai je kat kem seri keluang, pantai bukit keluang,besut,tranung... sesi pemasangan khemah berjalan, Alhamdulillah cuaca xpanas sgt so, xdelah berpeluh setelah lame terduduk tidur didalam bas yg sejuk menusuk tulang. ^_^ before sampai tue singgah di sebuah Masjid tuk menunaikan solat jumaat. Selepas selesai pasang khemah, pembahagian kumpulan dan sesi taklimat tentative dilaksanakan.

Dalam pukul 7.30, Pesilat Naga Rantau bertolak ke Pasir Putih, Kelantan tuk men’hadiri mjlis tahlil dirumah ckgu Shaiful Hakim, so terus menunaikan solat maghrib dan isya’  jamak dirumah ckgu berimamkan PAK IMAM HANIFAN ABD JALIL ß (kalau xsilap laa... ahaha), lepas solat, sembang2 then bacaan tahlil dimulakan. Setelah selesai, Pesilat naga rantau menjamu selera dan beramah mesra dengan tuan rumah. Jua #betulkeejaan The French Cat, sangat comel!!.. nway, sume pesilat wanita sebenarnya ngah cuak menanti sesi pertapaan suci yg dilaksanakan pada awal pagi sabtu jam 2 – 3 pagi, naek bas tuk balek ke tapak kem, semua tertidur lena.. sampai je ke tapak kem semua berdebar menanti COBAAAAAANNNN. Sesi taklimat aktiviti diperjelaskan lagi oleh ckgu Shaiful dan penghantaran pesilat2 mengikut group ke tempat pertapaan dilakukan sehingga MINO termuntah ketakutan. Phew~ a.k.a saye lah c blogger PSSGM UMP
Alhamdulillah sesi pertapaan suci berjalan lancer dan xde ape yg berlaku sepanjang aktiviti, macam2 pengalaman yang dikongsi oleh pesilat2 yang mengalami cobaan semasa pertapaan, ad yang seram,lucu dan pelik. Malam tu hamper semua pesilat berjaga, terus bercerita sal pengalaman masing2. Pagi jam 6 sabtu, kami semua berciap dgn pakaian silat, bengkong dan berkasut sukan. Ready untuk berjogging dari tapak kem ke kaki Bukit Keluang.. ahaha. Pemandangan sangat indah, pesilat2 xabes2 amek gmbar sambil jogging, xkenal penat lelah. Maklumla bettery handphone masing2 xabes agy. ^__^.. kasut yang mulanya d pakai, jdi xpakai slpas jejak kaki kt pasir pantai.. too excited... sampai di kaki bukit keluang sume posing2.. ade yg posing b’tapa, ad yg action atas batu kononny dlm conflict.. very creative. 8.20am, kami kembali semula ke tapak kem, sarapan dan sesi persiapan diri.
Aktiviti seterusny sesi pembentangan rekaan Logo Naga Rantau, Sajak dan Nama kumpulan. Setengahny melarikan diri dari pembentangan, membiarkan anak2 buah membentang. Ahaha.. biasela tp semua menarik.. disebalik larian, dorg g tolong Chef NURUL ATIKAH KAMARUDIN, myiapkan makan tengahari tuk pesilat2. Selesai pembentangan dalam jam 2.15pm, pesilat menunaikan solat zohor dan asar jamak dan kemudian, menjamu selera. Petang jam 4pm, sesi pengambilan Buah mengikut bengkung dilaksanakan di tepi pantai, angin bertiup, sesi shooting video pendekar2 Naga Rantau oleh pelakon2 terpilih. Puteri dapat asas tembi hentak dan cindai untuk dilakonkan ^__^.. macam2 perangai pendekar yang melucukan.
 Selepas sesi lakonan dan pembelajaran. Semua pesilat xtahan untuk masuk ke dalam laut, lame xmandi laut dah agakny.. petang2 xpanas, mmg best mandi laut, yeah, jam 6- 6.45 agakny berendam dalam air, habis baju terkena pasir. Ckgu Shaiful jga turut turun ke laut. Fun Fun bah org Sabah kate.. Selepas melepaskan rindu na mandi laut, pulang ke tapak kem dan bersiap untuk sesi aktiviti setersny, sesi bersama Pakar Keris _____________. Malam tu juga pesilat keletihan, ad yang tertidur smsa sesi tersebut. Kemudian, menjamu selera aka makan malam. Setengah pesilat telah tewas dgn rsa mengantuk dan terus tidur ddlm khemah.

Sesi terakhir pada hari terakhir 19/3 diadakan sesi mendaki bukit keluang. Yang sepatutny dlksanakan pad jam 7 tp semua xterjage.. ahaha... so, start kul 730.. perjalan ke kaki bukit keluang mgmbil msa 20minit kot... kemudian mendaki bukit selama 1 jam xsilap. Lupe dah period mendaki. Ahaha... Snap Snap Snap... kembali turun ke kaki bukit. Sampai ke tapak Kem sesi terakhir iaitu sesi urutan dgn Pak Su dimulakan di dalam Surau...mangsa urutan AMIR ABHAR, ZAKI ZAINUL, n Pak Ustaz HANIFAN. Sesetengah pesilat jatuh terbaring akibat penat! Ahaha
Tepat jam 2.30 kami semua menjamu selera, bas UMP pn dah smpai untuk mjemput kitaorg balek ke Pahang. Kemas khemah, checklist brg2, dan masukkan barg2 dalam bas. Jam 5 kami bertolak dari tapak kem dan menyerbu kedai kopok. Ad yg beli bnyak2 buat family kateny, then terus bertolak pulang. Berhenti seketika di slh sebuah masjid untuk mendirikan solat maghrib dan isya’ jamak. Kemudian straight heading to UMP Pahang.. non-stop!.. ahaha jam 12.15 sampai d UMP kampus pekan, dan pesilat2 gambang sampai jam 1.05am di UMP kampus gambang.

Sekian ceritera kami “selangkah ke alam pendekar, pantai bukit keluang, besut, Terengganu”.

Sunday, March 4, 2012

Pre-AGM

Assalamualaikum dan Hai!

Setelah lama blog ni tak di update, ini merupakan entri pertama selepas selesai perlantikan exco-exco baru bagi organisasi PSSGM UMP yang telah dilaksanakan pada 4 Mac 2012 di UMP kampus Pekan.

Dalam majlis kali ini, Anak-anak gayong dari kampus gambang bergerak ke kampus pekan bagi menghadiri sesi perlantikan exco-exco baru. Majlis dihadiri oleh para senior gayong dan penasihat Pssgm UMP en. Shaiful Hakim.

Solat Asar berjemaah di Masjid UMP-kampus pekan sebelum majlis dimulakan. Selepas solat asar kami mengadakan bacaan Yassin dan tahlil  arwah.


Ucapan ringkas daripada Penasihat En Shaiful Hakim dan Presiden Amir Abhar pada awal majlis Pre-AGM 2012/2013.

Anak-anak Gayong UMP bersemangat menghadiri majlis Pre-AGM di pusat aktiviti pelajar UMP Pekan. :)

sedikit penerangan tentang setiap posisi dalam organisasi pssgm ump. MT, MA, MPG, dan MG yang bakal dipertanggungjawabkan ke atas anak-anak gayong yang akan dilantik.

Sesi terakhir merupakan sesi aktiviti semester serta cadangan2 aktiviti yang ingin dilaksanakan dalam masa yang terdekat. 
senarai anak-anak gayong yang dilantik di bawah MT,MG,MPG dan MA.

Majlis Pre-AGM ini berlangsung pada pukul 5pm sehingga 9.30pm. Presiden dikekalkan Amir Abhar Azmi. dan saya selaku Exco Multimedia yang diberi tugasan untuk mengambil alih Blog Pssgm UMP



Saturday, December 24, 2011

Jelajah Warisan : Pak Hussian Kaslan


Cadangan untuk pergi jelajah warisan ini telah dicetuskan bersama2 oleh anak gayong universiti malaysia pahang dan cikgu shaiful hakim. Tetapi dari perancangan untuk pergi seramai lebih kurang 1o orang, hanya 6 org sahaja yang dapat pergi disebabkan oleh ketiadaan pasport. mungkin bukan rezeki mereka. semua disebabkan oleh sistem imegresen yang offline pada masa itu

perjalanan bermula selewat jan 2.00 pagi dari UMP dan bergerak menuju ke johore bharu. perjalanan melalui muazzam mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai ke Jb termasuk berhenti rehat, makan dan solat.

setibanya di johore bharu kami berehat sebentar dirumah seorang anak gayong UMP, iaitu achoi untuk mandi dan family beliau telah menyediakan sedikit sarapan kepada kami. Perjalanan ke singapore bermula jam 12 tgh hari

Perjalanan ke singapura/temasek

banyak dugaan dan cabaran yang kami tempuhi setibanya kami di singapore. Disebabkan line telefon pon dah bertukar dan terpisah di tengah jalan, jam 4 ptg baru kami sampai dirumah anak pak hussain, abg rahim.

sekitar rumah abang rahim

pak hussain pada maa itu hanya mampu membuka mata sedikit. berkata2 pon sudah tidak mampu..tetapi masih bersemangat untuk bercakap apabila melihat anak2 gayong datang melawat beliau..itulah semangat gayong

kami sempat berbual2 dengan abang rahim berkenaan isu semasa berkaitan gayong, sama ada gayong malaysia dan juga pasak..wlaupon pertama kali kami berjumpa, tetapi hubungan kami dengan abang rahim begitu rapat, seperti juga lama bertemu..mungkin itulah berkat anak gayong..

abang rahim sedang bercerita tentang gayong

cikgu shaiful bersama cikgu saiful..sama nama kedua2 nya


bengkong dan sijil pak Hussain

lukisan gambar wajah pak Hussain oleh anak murid beliau

sekembalinya kami dari singapore, terus kami pergi melawat cikgu Mohd Nor atas bantuan seorang sahabat lama segayong saya. Beliau merupakan salah seorang orang lama gayong dan merupakan bekas pengerusi majlis adat kebangsaan mengantikan arwah cikgu Kalsom.
banyak isu semasa yang diluahkan oleh beliau yang membuka mata kami anak2 gayong yang masih muda ini..

sahabat lama yang membawa kepada pertemuan cikgu mat noor

pada hari ahad kami bertolak pulang dan sampai ke pahang dengan selamatnya. Dua hari selepas kepulangan kami, kami dapat berita bahawa pak hussain kaslan telah menghembuskan nafas terakhirnya..

Al-fatihah buat arwah Pak Hussain, semoga ditempatkan ditempat orang2 yang beriman..

Jelajah Gayong UMP menawan Paris,France

Setelah sekian lama gayong ump menjejakkan kaki di bumi pahang ini, banyak aktiviti dan segala cabaran telah ditempuh dan dihadapi. Selama 4 tahun gayong menduduki Universiti Malaysia Pahang, Pssgmump telah mencapai satu tahap international dimana gayong ump telah dijemput untuk mengadakan kursus dan latihan bersama Association France Silat Seni Gayong.

4 orang anak gayong dari ump dan 2 dari negeri pahang telah dipilih untuk mewakili UMP ke france. Anak-anak gayong yang telah dijemput ialah :

1) Cikgu Shaiful Hakim
2) Cikgu Mohd Zaki
3) Cikgu Khairul Anwar
4) Cikgu Khairul Afrizal
5) Mohd Ihsan
6) Mohd Haziq

Segala keperitahn dan kesusahan sepanjang perjalanan dari bumi Malaysia hingga ke Perancis dapat dilalui dengan jayanya. Semoga aktiviti seperti ini akan dilakukan setiap tahun dengan menghantar wakil yang lain pula..Sedikit gambar sebagai pembakar semangat anak2 gayong ump.

di KLIA bersama cikgu Jaimin dan cikgu Intan


Transit di Dubai buat sementara waktu selepas 6 jam terbang

Makanan dalam flight Emirates


Tiba di france setelah 14 jam penerbangan


Persembahan pembukaan Cikgu Haziq dan Cikgu Anuar

Terdapat beberapa kesukaran disana oleh kerana suhu yang agak sejuk dan juga kesukaran berkomunikasi. Tetapi sapa sangka, hubungan anak gayong walaupon berlainan bangsa,agama, kebudayaan dan benua, tetapi kami dilayan dengan penuh hormat dan sangat baik..Terima kasih kepada anak2 gayong france..Merci beaucoup..

Monday, July 5, 2010

Maklumat terbaru :permulaan latihan bg sem 1 2010/2011

Kepada semua ahli pssgm ump..latihan bagi sem 1 2010/2011 akan bermula selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa diadakan..ini berikutan terdapat sedikit masalah dari segi pengurusan kerana ramai antara ahli2 kita telah berpindah ke kampus pekan..maklumat latihan akan diberitahu kelak di blog ini..

sekian terima kasih

Tuesday, April 27, 2010

Tetapan:tarikh pemilihan pertandingan gayong zon timur

saye telahpun berhubung dengan cikgu yang terbabit tok pemilihan peserta gayong peringkat zon timur..mase dan tarikh tetap ditetapkan seperti berikut:-

Tarikh : 29/04/2010

Hari : Khamis

Masa : 9.00 malam

Tempat : Di blok w (gelanggang latihan)

Diminta semua dapat hadir beramai2 dan memeriahkan lagi majlis..sila pkai pakaian yang bersesuaian..kalo pkai baju silat lagi bgus..

sekian..terima kasih

Monday, April 12, 2010

Pegumuman Penting: Pertandingan terbuka gayong peringkat zon timur

salam..untuk makluman semua anak gayong ump,pertandingan terbuka gayong peringkat zon timur akan berlangsung pada awal bulan julai..sehubungan dengan itu,cikgu akan membuat selection tok pemilihan atlet ke sane..seni dan juga olahraga..tarikh bagi selection tersebut tidak lagi ditetapkan tapi berkemungkinan akan diadakan sebelum cuti iaitu selepas exam..sebarang pertanyaan bolehla comment post ni atau tulis kat halaman sembang disebelh tu..saya akan membalas sebarang pertanyaan atau boleh terus berhubung dengan president..sekian terima kasih