Waktu Latihan

Gelanggang Naga Rantau - UMP

Gambang : Selasa dan Khamis (Blok W)

Pekan : Selasa dan Rabu (Pusat Aktiviti Pelajar)

Masa : 9:00 malam

About Us



PSSGM UMP, pada awalnya tertubuh di UMP kampus Gambang. Pada tahun 2008, secara rasminya gelanggang ini diperakui oleh pihak pentadbiran UMP. Prof. Dr. Yusserrie merupakan Penolong Naib Canselor JHEPA dan merupakan penyandang Sandang Kehormat Mahkota Seri Relang Pelangi dari PSSGM. Manakala En. Shaiful Hakim selaku penasihat dan juga pensyarah di universiti tersebut adalah penyandang Sandang Waris Beradat dan Sandang Pelangi Hitam.

Lahirnya nama "NAGA RANTAU" tanggal 2012 dalam minit mesyuarat agung persatuan di UMP. Naga Rantau dipilih kerana sebati dengan anak-anaknya Gayong yang bermastautin di UMP, kebanyakan mereka datang dari segenap corok negeri di serata Malaysia dan itulah hakikat perantauan yang bersesuaian dengan namanya.

Hari ini, Naga Rantau telah pun menginjakkan kaki di dalam dan luar negara.

Penghujung Kalam,
Nun Alif Ga Alif,
Nafi Aku Ghaib Aku,
Ga Alif Ya Wau Nga,
Aku Gayong Kau Pun Gayong.

Salam ukhuwah dari kami, Naga Rantau