Waktu Latihan

Gelanggang Naga Rantau - UMP

Gambang : Selasa dan Khamis (Blok W)

Pekan : Selasa dan Rabu (Pusat Aktiviti Pelajar)

Masa : 9:00 malam

Perhatian kepada sesiapa yang tempah gambar tempoh hari

Kepada sesiapa yang tempah gambar tempoh hari,gambar akan siap pada isnin bersamaan 1/2/2010...sila wat pembayaran penuh kepada azhari selewat2nye ahad ni..

Due date pembayaran pendaftaran

due date pembayaran untuk pendaftaran adalah pada 28 febuari 2009.segala pembayaran selepas tarikh ini akan mengalami kesulitan didalam proses ujian begkong dan juga perlimau tapak.disamping itu,segala tempahan baju silat,kelengkapan boleh ditempah pada yg bertanggungjawab pada hari latihan.sekian terima kasih

bayaran untuk yuran pendaftaran dan jurulatih

borang2 pendaftaran telah diedarkan pada sesi latihan lepas..sila buat pembayaran pada minggu ini untuk mengelakkan segala kesulitan pada masa hadapan..untuk maklumat pembayaran ade pada post terdahulu..

Design Tshirt

design baru t-shirt akan dipost kemudian..mintak maaf sebab ade kesilapan sikit pada tulisan tu..terima kasih kepada yang menegur..saya pn xusul periksa terlebih dahulu..nnt ble da dipost kemudian tgk la ye

Sistem Organisasi Gayong

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan. Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar, samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia.

Pendaftaran Gelanggang :

Seperti mana yang dinyatakan dalam Pendahuluan, pentadbiran gelanggang hanya perlu berdaftar secara gabungan dengan badan PSSGM Daerah atau PSSGM Negeri jika badan daerah masih belum berdaftar atau ditubuhkan.

Penubuhan gelanggang hendaklah atas permintaan atau permohonan badan penaja seperti sekolah, kolej, Institut Pengajian Tinggi, Jawatankuasa Pendudukan Setempat dan sebagainya. Permohonan rasmi secara bersurat atau mengisi borang yang disediakan oleh pentadbiran PSSGM Daerah atau Negeri hendaklah dikemukakan. Apabila permohonan mengemuka gelanggang di kemukakan, pihak pentadbiran akan bertanggungjawab untuk:

1. memberi makluman terimaan dalam tempuh 3 hari selepas surat atau borang permohonan diterima
2. mengeluarkan surat kelulusan penubuhan gelanggang kepada pihak pemohon dalam tempuh 5 hari sekiranya permohonan disokong
3. meminta pihak penaja memohon mendaftarkan gelanggang dengan mengisi borang permohonan Sijil Gelanggang. Permohonan ini hendaklah dipanjangkan kepada pentadbiran Kebangsaan dengan sokongan pentadbiran Negeri. Sijil ini perlu diperbaharui pada setiap tahun.
4. Sijil Gelanggang hendaklah dibekalkan oleh pentadbiran pusat dalam tempuh 30 hari permohonan penubuhan gelanggang diluluskan.

copy from GelanggangDatoMeor.Com

* diharap semua mahasiswa/i mempelajari semua ilmu gayong termasuk pelajaran,adat dan juga pentadbiran kerana tidak mustahil suatu hari nnt kita akan jadi barisan pembimbing gayong.ketika ade peluang ini lah kite perlu belajar semuanya sebelum kite kesempitan masa.janganlah kite hanya tumpukan pade pelajaran semate2 kerana seperti ditulis diatas,ketiga2 badan tersebut amat penting dalam gayong