Waktu Latihan

Gelanggang Naga Rantau - UMP

Gambang : Selasa dan Khamis (Blok W)

Pekan : Selasa dan Rabu (Pusat Aktiviti Pelajar)

Masa : 9:00 malam

Maklumat terbaru :permulaan latihan bg sem 1 2010/2011

Kepada semua ahli pssgm ump..latihan bagi sem 1 2010/2011 akan bermula selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa diadakan..ini berikutan terdapat sedikit masalah dari segi pengurusan kerana ramai antara ahli2 kita telah berpindah ke kampus pekan..maklumat latihan akan diberitahu kelak di blog ini..

sekian terima kasih

Tetapan:tarikh pemilihan pertandingan gayong zon timur

saye telahpun berhubung dengan cikgu yang terbabit tok pemilihan peserta gayong peringkat zon timur..mase dan tarikh tetap ditetapkan seperti berikut:-

Tarikh : 29/04/2010

Hari : Khamis

Masa : 9.00 malam

Tempat : Di blok w (gelanggang latihan)

Diminta semua dapat hadir beramai2 dan memeriahkan lagi majlis..sila pkai pakaian yang bersesuaian..kalo pkai baju silat lagi bgus..

sekian..terima kasih

Pegumuman Penting: Pertandingan terbuka gayong peringkat zon timur

salam..untuk makluman semua anak gayong ump,pertandingan terbuka gayong peringkat zon timur akan berlangsung pada awal bulan julai..sehubungan dengan itu,cikgu akan membuat selection tok pemilihan atlet ke sane..seni dan juga olahraga..tarikh bagi selection tersebut tidak lagi ditetapkan tapi berkemungkinan akan diadakan sebelum cuti iaitu selepas exam..sebarang pertanyaan bolehla comment post ni atau tulis kat halaman sembang disebelh tu..saya akan membalas sebarang pertanyaan atau boleh terus berhubung dengan president..sekian terima kasih

Pantun Taring Mas


~MaLaM PeNdEkAr BerLaLu SuDaH;
CaBaRan PeRtAmA DiSaHuT BeRsAmA;
AnAk GaYoNg JaNgAn BeRPeCah;
SaMpAi MaTi KiTa BeRsAmA~

~KaKi MeLaNgKaH SenJaTa DiHuNus;
LaMbAnG TaK GeNtAr Si AnAk GaYoNg;
KiTa BeRpEnCaK MeNcArI rEnTak;
PeNat dAn LeLah KiTa BeRsAmA~

~HaRiMaU pEnDiAm BuKaNnYa BuNtU;
MeMbAcA lAnGkAh Si NaGa CuLa;
PeNdEkAr LaUt KeRaS tUjUnYa;
TaK KaLaH dEk TaRiNg Si SeMuT ApI~

~DaTaNg MeNuNtUt iLmUnYa GaYoNg;
TeRsIrAt pEnCaKnYa Si PaNgLiMa PaRaNg;
HaRiMaU PeLaNgI CulAnYa DuA;
AnAk DiDiKaN Si NaGa ChInI~

~PeLaNgI MeRaH GaRaNg PeNcAkNyA;
MeNjAdI BaYaNg sI PeLaNgi HiJau;
UmP TaPaK kItA BeRsAmA;
MeNcAri iLmU sEwAkTu mErAnTau~

~KaTa BeRsAhUt GaYoNg BeRsAmBuT;
TakKaN MeLaYu HiLaNg Di DuNiA;
AmAnAh AlMaRhUm JaNgAn DeRhAkA;
JiKaLaU tIdAk DiJaJaH SeMuLa~

InGatLah WaHai Si AnAk GaYoNg;
AgAmA DaN BaNgSa pAnJi kItA;
JaNgAn PeRnAh LeRaIkAn GeNgGaMaN;
SiLaGi Tak MaTi KuJuLaNg MALAYSIA!~

Malam Pendekar 2














Tahniah kepada semua anak2 gayong ump kerana telah menjayakan malam pendekar 2 di perkarangan payung putih pada 26 mac 2010.antara perguruan laen yang menyertai gayong pada malam itu adalah silat cekak terlak,panglima nusantara,taekwondo,seni silat sri sendeng panji,capoeira,persatuan seni silat gerak tangkas suci,gayong malaysia cawangan pekan dan seni silat garis laksmana.

Ujian Kenaikan Bengkung Sesi 10/11...

Tahniah kepada anak-anak gayong yang telah berjaya menyempurnakan
ujian kenaikan bengkung yang telah diadakan pada 06/02/10..

Ujian yang dijalankan telah dinilai oleh Cikgu Rahim dan Cikgu Farizal itu dijalankan bermula dari pukul 8 malam bertempat di perkarangan
kompleks sukan..

Ujian yg dijalankan adalah bagi anak-anak gayong yang mengambil ujian pelangi hijau dan awan putih..
Seramai lebih kurang 25 orang telah mengambil ujian itu..

Ujian yang dijalankan melibatkan :
- Gerakan asas
- Asas Elakan
- Buah Pukul
- Kunci Mati
- Pentas
- Golongan
- Ujian Bertulis

Antara gambar-gambar ketika ujian :

(Anak-anak Gayong berlatih sebagai persiapan terakhir)



(Cikgu Rahim menyampaikan amanat sebelum ujian)


(Anak-anak gayung khusyuk mendengar taklimat)

(Ujian bermula)






(Ujian bertulis utk menilai penghayatan sejarah seni gayong)

Tempat Ujian Kenaikan Bengkung Sesi 2010/1011 penggal 1

Perhatian kepada semua Anak-anak gayong UMP yang akan mengambilujian kenaikan bengkung pada malam ni..tempat ujian telah ditukar seperti berikut

Tarikh : 6/3/10 (sabtu)

Masa : 8 mlm

Tempat : studio tari UMP (di atas kompleks sukan ump)

harap maklum..

Mensyuarat Agung Pssgmump 2009/2010

mesyuarat agung pssgmump akan diadakan pada hari rabu bersamaan 10/2/2010..diminta semua ahli pssgm ump sama ada aktif atau tidak untuk turun pada hari berkenaan kerana inilah mase untuk memilih mt2 dan exco baru bg pssgm ump..sedikit jamuan akan diadakan selepas majlis berkenaan..

pakaian - bagi lelaki baju melayu hitam lengkap,bersongkok dan berkasut.jika tidak dapat cari baju melayu hitam,sila pkai baju melayu lengkap bersampin.bagi perempuan pkai naju kurung hitam,tudung hitamm berkasut.jika tiada pkai baju kurung biase.

Latihan pada minggu ini berjalan seperti biase

dimaklumkan kepada semua anak2 gayong ump,latihan akan diadakan seperti biase pade minggu ini jam 9.00..

Penundaan latihan bagi minggu ini

Dimaklumkan bahawa latihan gayong pada minggu ini akan dibatalkan asal sebab test yg belambak2 pade minggu ini..diharap sume ahli gayong ump ambil perhatian..dan latihan akan dijalankan seperti biase pada minggu hadapan..di ingatkan juga bahawa agm mungkin akan diadakan pada minggu hadapan..segala maklumat lanjut akan diberitahu kemudian..terima kasih

Kepada yg menempah gambar

sesiapa yg tempah gambar tempoh hari,sila ambil gmbr anda daripada saye,dan sila bw bersama bayaran balance..gambar da ade..sape byr trus dpt gmbr

Perhatian kepada sesiapa yang tempah gambar tempoh hari

Kepada sesiapa yang tempah gambar tempoh hari,gambar akan siap pada isnin bersamaan 1/2/2010...sila wat pembayaran penuh kepada azhari selewat2nye ahad ni..

Due date pembayaran pendaftaran

due date pembayaran untuk pendaftaran adalah pada 28 febuari 2009.segala pembayaran selepas tarikh ini akan mengalami kesulitan didalam proses ujian begkong dan juga perlimau tapak.disamping itu,segala tempahan baju silat,kelengkapan boleh ditempah pada yg bertanggungjawab pada hari latihan.sekian terima kasih

bayaran untuk yuran pendaftaran dan jurulatih

borang2 pendaftaran telah diedarkan pada sesi latihan lepas..sila buat pembayaran pada minggu ini untuk mengelakkan segala kesulitan pada masa hadapan..untuk maklumat pembayaran ade pada post terdahulu..

Design Tshirt

design baru t-shirt akan dipost kemudian..mintak maaf sebab ade kesilapan sikit pada tulisan tu..terima kasih kepada yang menegur..saya pn xusul periksa terlebih dahulu..nnt ble da dipost kemudian tgk la ye

Sistem Organisasi Gayong

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan. Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan. Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar, samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia.

Pendaftaran Gelanggang :

Seperti mana yang dinyatakan dalam Pendahuluan, pentadbiran gelanggang hanya perlu berdaftar secara gabungan dengan badan PSSGM Daerah atau PSSGM Negeri jika badan daerah masih belum berdaftar atau ditubuhkan.

Penubuhan gelanggang hendaklah atas permintaan atau permohonan badan penaja seperti sekolah, kolej, Institut Pengajian Tinggi, Jawatankuasa Pendudukan Setempat dan sebagainya. Permohonan rasmi secara bersurat atau mengisi borang yang disediakan oleh pentadbiran PSSGM Daerah atau Negeri hendaklah dikemukakan. Apabila permohonan mengemuka gelanggang di kemukakan, pihak pentadbiran akan bertanggungjawab untuk:

1. memberi makluman terimaan dalam tempuh 3 hari selepas surat atau borang permohonan diterima
2. mengeluarkan surat kelulusan penubuhan gelanggang kepada pihak pemohon dalam tempuh 5 hari sekiranya permohonan disokong
3. meminta pihak penaja memohon mendaftarkan gelanggang dengan mengisi borang permohonan Sijil Gelanggang. Permohonan ini hendaklah dipanjangkan kepada pentadbiran Kebangsaan dengan sokongan pentadbiran Negeri. Sijil ini perlu diperbaharui pada setiap tahun.
4. Sijil Gelanggang hendaklah dibekalkan oleh pentadbiran pusat dalam tempuh 30 hari permohonan penubuhan gelanggang diluluskan.

copy from GelanggangDatoMeor.Com

* diharap semua mahasiswa/i mempelajari semua ilmu gayong termasuk pelajaran,adat dan juga pentadbiran kerana tidak mustahil suatu hari nnt kita akan jadi barisan pembimbing gayong.ketika ade peluang ini lah kite perlu belajar semuanya sebelum kite kesempitan masa.janganlah kite hanya tumpukan pade pelajaran semate2 kerana seperti ditulis diatas,ketiga2 badan tersebut amat penting dalam gayong