Waktu Latihan

Gelanggang Naga Rantau - UMP

Gambang : Selasa dan Khamis (Blok W)

Pekan : Selasa dan Rabu (Pusat Aktiviti Pelajar)

Masa : 9:00 malam

FEStKUM 2012 | Kuala Terengganu | Part I

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Aktiviti terbaru yang telah disertai oleh PSSGM UMP Gelanggang Naga Rantau adalah FEStKUM 2012 atau lebih dikenali dengan Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia 2012. Program ini berlangsung selama 3 hari bermula pasa 2 Nov sehingga 4 Nov 2012. Pihak universiti malaysia pahang menghantar pasukan silat PSSGM gelanggang naga rantau. Aktiviti ini ebrlangsung di 3 buah lokasi iaitu DUN Alur Limbat, DUN Seberang Takir dan Pantai Batu Burok. 

Seramai 30 orang pesilat terlibat dengan iringan Penasihat rasmi PSSGM UMP En. Shaiful Hakim. Semua peserta diberi penginapan sepanjang program di kolej kediaman kerawang UiTM chendering. Program ini telah dianjurkan oleh MAKUM dengan kerjasama KPT dan UMT. Aktiviti yang diadakan berasarkan Seni Kebudayaan.

Seperti biasa, PSSGM UMP membawa team demo yang telah dilatih secukupnya untuk mempersembahkan gerakan silat. Team Cindai, Team Pisau, Team Keris, Team Kerambit, Team Simbat, Golok Kembar Solo, Tekpi Solo, dan Team Parang. 

TEAM CINDAI






TEAM PISAU






TEAM KERIS








TEAM KERAMBIT


TEAM SIMBAT





GOLOK KEMBAR SOLO







TEKPI SOLO





TEAM PARANG







GOLONGAN ANAK HARIMAU




No comments: