Waktu Latihan

Gelanggang Naga Rantau - UMP

Gambang : Selasa dan Khamis (Blok W)

Pekan : Selasa dan Rabu (Pusat Aktiviti Pelajar)

Masa : 9:00 malam

Jelajah Warisan : Pak Hussian Kaslan


Cadangan untuk pergi jelajah warisan ini telah dicetuskan bersama2 oleh anak gayong universiti malaysia pahang dan cikgu shaiful hakim. Tetapi dari perancangan untuk pergi seramai lebih kurang 1o orang, hanya 6 org sahaja yang dapat pergi disebabkan oleh ketiadaan pasport. mungkin bukan rezeki mereka. semua disebabkan oleh sistem imegresen yang offline pada masa itu

perjalanan bermula selewat jan 2.00 pagi dari UMP dan bergerak menuju ke johore bharu. perjalanan melalui muazzam mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai ke Jb termasuk berhenti rehat, makan dan solat.

setibanya di johore bharu kami berehat sebentar dirumah seorang anak gayong UMP, iaitu achoi untuk mandi dan family beliau telah menyediakan sedikit sarapan kepada kami. Perjalanan ke singapore bermula jam 12 tgh hari

Perjalanan ke singapura/temasek

banyak dugaan dan cabaran yang kami tempuhi setibanya kami di singapore. Disebabkan line telefon pon dah bertukar dan terpisah di tengah jalan, jam 4 ptg baru kami sampai dirumah anak pak hussain, abg rahim.

sekitar rumah abang rahim

pak hussain pada maa itu hanya mampu membuka mata sedikit. berkata2 pon sudah tidak mampu..tetapi masih bersemangat untuk bercakap apabila melihat anak2 gayong datang melawat beliau..itulah semangat gayong

kami sempat berbual2 dengan abang rahim berkenaan isu semasa berkaitan gayong, sama ada gayong malaysia dan juga pasak..wlaupon pertama kali kami berjumpa, tetapi hubungan kami dengan abang rahim begitu rapat, seperti juga lama bertemu..mungkin itulah berkat anak gayong..

abang rahim sedang bercerita tentang gayong

cikgu shaiful bersama cikgu saiful..sama nama kedua2 nya


bengkong dan sijil pak Hussain

lukisan gambar wajah pak Hussain oleh anak murid beliau

sekembalinya kami dari singapore, terus kami pergi melawat cikgu Mohd Nor atas bantuan seorang sahabat lama segayong saya. Beliau merupakan salah seorang orang lama gayong dan merupakan bekas pengerusi majlis adat kebangsaan mengantikan arwah cikgu Kalsom.
banyak isu semasa yang diluahkan oleh beliau yang membuka mata kami anak2 gayong yang masih muda ini..

sahabat lama yang membawa kepada pertemuan cikgu mat noor

pada hari ahad kami bertolak pulang dan sampai ke pahang dengan selamatnya. Dua hari selepas kepulangan kami, kami dapat berita bahawa pak hussain kaslan telah menghembuskan nafas terakhirnya..

Al-fatihah buat arwah Pak Hussain, semoga ditempatkan ditempat orang2 yang beriman..

Jelajah Gayong UMP menawan Paris,France

Setelah sekian lama gayong ump menjejakkan kaki di bumi pahang ini, banyak aktiviti dan segala cabaran telah ditempuh dan dihadapi. Selama 4 tahun gayong menduduki Universiti Malaysia Pahang, Pssgmump telah mencapai satu tahap international dimana gayong ump telah dijemput untuk mengadakan kursus dan latihan bersama Association France Silat Seni Gayong.

4 orang anak gayong dari ump dan 2 dari negeri pahang telah dipilih untuk mewakili UMP ke france. Anak-anak gayong yang telah dijemput ialah :

1) Cikgu Shaiful Hakim
2) Cikgu Mohd Zaki
3) Cikgu Khairul Anwar
4) Cikgu Khairul Afrizal
5) Mohd Ihsan
6) Mohd Haziq

Segala keperitahn dan kesusahan sepanjang perjalanan dari bumi Malaysia hingga ke Perancis dapat dilalui dengan jayanya. Semoga aktiviti seperti ini akan dilakukan setiap tahun dengan menghantar wakil yang lain pula..Sedikit gambar sebagai pembakar semangat anak2 gayong ump.

di KLIA bersama cikgu Jaimin dan cikgu Intan


Transit di Dubai buat sementara waktu selepas 6 jam terbang

Makanan dalam flight Emirates


Tiba di france setelah 14 jam penerbangan


Persembahan pembukaan Cikgu Haziq dan Cikgu Anuar

Terdapat beberapa kesukaran disana oleh kerana suhu yang agak sejuk dan juga kesukaran berkomunikasi. Tetapi sapa sangka, hubungan anak gayong walaupon berlainan bangsa,agama, kebudayaan dan benua, tetapi kami dilayan dengan penuh hormat dan sangat baik..Terima kasih kepada anak2 gayong france..Merci beaucoup..

Maklumat terbaru :permulaan latihan bg sem 1 2010/2011

Kepada semua ahli pssgm ump..latihan bagi sem 1 2010/2011 akan bermula selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa diadakan..ini berikutan terdapat sedikit masalah dari segi pengurusan kerana ramai antara ahli2 kita telah berpindah ke kampus pekan..maklumat latihan akan diberitahu kelak di blog ini..

sekian terima kasih

Tetapan:tarikh pemilihan pertandingan gayong zon timur

saye telahpun berhubung dengan cikgu yang terbabit tok pemilihan peserta gayong peringkat zon timur..mase dan tarikh tetap ditetapkan seperti berikut:-

Tarikh : 29/04/2010

Hari : Khamis

Masa : 9.00 malam

Tempat : Di blok w (gelanggang latihan)

Diminta semua dapat hadir beramai2 dan memeriahkan lagi majlis..sila pkai pakaian yang bersesuaian..kalo pkai baju silat lagi bgus..

sekian..terima kasih

Pegumuman Penting: Pertandingan terbuka gayong peringkat zon timur

salam..untuk makluman semua anak gayong ump,pertandingan terbuka gayong peringkat zon timur akan berlangsung pada awal bulan julai..sehubungan dengan itu,cikgu akan membuat selection tok pemilihan atlet ke sane..seni dan juga olahraga..tarikh bagi selection tersebut tidak lagi ditetapkan tapi berkemungkinan akan diadakan sebelum cuti iaitu selepas exam..sebarang pertanyaan bolehla comment post ni atau tulis kat halaman sembang disebelh tu..saya akan membalas sebarang pertanyaan atau boleh terus berhubung dengan president..sekian terima kasih

Pantun Taring Mas


~MaLaM PeNdEkAr BerLaLu SuDaH;
CaBaRan PeRtAmA DiSaHuT BeRsAmA;
AnAk GaYoNg JaNgAn BeRPeCah;
SaMpAi MaTi KiTa BeRsAmA~

~KaKi MeLaNgKaH SenJaTa DiHuNus;
LaMbAnG TaK GeNtAr Si AnAk GaYoNg;
KiTa BeRpEnCaK MeNcArI rEnTak;
PeNat dAn LeLah KiTa BeRsAmA~

~HaRiMaU pEnDiAm BuKaNnYa BuNtU;
MeMbAcA lAnGkAh Si NaGa CuLa;
PeNdEkAr LaUt KeRaS tUjUnYa;
TaK KaLaH dEk TaRiNg Si SeMuT ApI~

~DaTaNg MeNuNtUt iLmUnYa GaYoNg;
TeRsIrAt pEnCaKnYa Si PaNgLiMa PaRaNg;
HaRiMaU PeLaNgI CulAnYa DuA;
AnAk DiDiKaN Si NaGa ChInI~

~PeLaNgI MeRaH GaRaNg PeNcAkNyA;
MeNjAdI BaYaNg sI PeLaNgi HiJau;
UmP TaPaK kItA BeRsAmA;
MeNcAri iLmU sEwAkTu mErAnTau~

~KaTa BeRsAhUt GaYoNg BeRsAmBuT;
TakKaN MeLaYu HiLaNg Di DuNiA;
AmAnAh AlMaRhUm JaNgAn DeRhAkA;
JiKaLaU tIdAk DiJaJaH SeMuLa~

InGatLah WaHai Si AnAk GaYoNg;
AgAmA DaN BaNgSa pAnJi kItA;
JaNgAn PeRnAh LeRaIkAn GeNgGaMaN;
SiLaGi Tak MaTi KuJuLaNg MALAYSIA!~