Waktu Latihan

Gelanggang Naga Rantau - UMP

Gambang : Selasa dan Khamis (Blok W)

Pekan : Selasa dan Rabu (Pusat Aktiviti Pelajar)

Masa : 9:00 malam

Konvensyen Naga Rantau - Gayong France

Salam sejahtera pembaca semua.

  Pada pertengahan cuti semester 2012 iaitu pada tarikh 13 hingga 19hb Julai,ahli-ahli Naga Rantau berganding bahu untuk menjayakan Program yang di namakan "Konvensyen Naga Rantau - Gayong France".
Tentatif bagi program ini adalah seperti berikut :-

13hb Julai - Women self defence
14hb Julai - Grading
15hb Julai - Warrior's Day
16hb Julai - Penyampaian sandang dan Perasmian Gelanggang
17hb Julai - Gala night
18hb Julai - Demo Tengku Mahkota Pahang
19hb Julai - Adat istiadat & mandi minyak


Logo Rasmi Gelanggang Naga Rantau



**********


  Women self defence bakal diadakan pada 13hb Julai bertempat di WDKU 1, blok  W, UMP Gambang. Program ini bertujuan memberi pengetahuan tentang asas2 mempertahankan diri wanita dengan menggunakan tangan kosong atau peralatan yang terdekat untuk dijadikan senjata contohnya, kunci kereta, payung dan kain tudung. Pengisian program adalah memberi penerangan tentang titik rahsia mempertahankan diri wanita, teknik elakkan, serang balas serta elakkan senjata yang akan dikendalikan oleh pelajar2 wanita UMP, iaitu senior2 yang telah terlatih. Peyertaan adalah dari kalangan staf2 serta pelajar2 UMP dan terhad kepada 40 orang. Bayaran yang dikenakan adalah RM5.00 bagi staf dan RM2.00 bagi pelajar UMP.












**********

  Pada 14hb Julai 2012, bertempat di Gelanggang Naga Rantau UMP Pekan, akan diadakan ujian kenaikan bengkong bagi peringkat hitam kosong ke putih, hijau ke merah, merah chula I, merah ke kuning dan  kuning chula. Pelajar yang bakal menghadapi ujian tersebut adalah dari kalangan ahli Naga Rantau dan Gayong France.








**********

  Majlis Warrior's Day akan disertai oleh 10 perguruan seni silat sekitar Pahang iaitu Pertubuhan Seni Silat Gayong Lian, Seni Silat Garuda Malaysia, Seni Silat Bangau Putih, Seni Silat Cekak Pusaka Purba, Seni Silat Sepelet Gunung Jati, Seni Silat Sembah Pahang, Seni Silat Gayong Seni Jati, Seni Silat Garis Laksamana Gerak Lian, Seni Silat Seri Menanti serta Seni Silat Cekak Terlak Pahang pada 15hb Julai 2012 bertempat di Pusat Pelajar UMP Pekan. Majlis bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 9.00 pagi dan diteruskan dengan ucapan aluan dari Penasihat PSSGMUMP. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan  daripada pertubuhan2 silat tersebut dan diakhiri dengan majlis penutup pada pukul 6.00 petang. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Aturcara Program :-

9.00 pagi   : Pendaftaran
10.00 pagi :  Ucapan Alu– aluan
10.30 pagi : Slot 1 - persembahan :
  •   Seni Silat Gayang  Lian
  •  Pertubuhan Seni Silat Garuda Malaysia
  • Pertubuhan Seni Silat Bangau Putih
  • Seni Silat Cekak Pusaka Purba

12.30 tgh : Rehat/makan tengahari
2.00 ptg   :  Slot 2 – Persembahan :
  • Seni Silat Sepelet Gunung Jati
  • Seni Silat Sembah Pahang
  • Seni Silat Gayong Seni Jati
  • Seni Silat Garis Laksamana Gerak Lian
  • Seni Silat Seri Menanti
  • Seni Silat Cekak Terlak Pahang
  • Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

6.00 ptg : Majlis Penutup



**********

Majlis penyampaian sandang dan perasmian gelanggang akan diadakan di DK1, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan UMP Pekan pada 16hb Julai 2012 dan di sampaikan oleh Pengerusi Majlis Lembaga Adat Kebangsaan PSSGM, Cikgu Mustafa Kamal Bin Sharif. Penyampaian sandang adalah bertujuan memberi amanah kepada penerima sandang untuk mengembangkan ilmu gayong. Sandang diberikan kepada pemegang bengkong merah ke atas. Semoga dengan majlis penyampaian sandang ini akan memberi semangat terhadap ahli2 gayong untuk terus berjuang menuntut ilmu persilatan dan juga menggalakkan minat orang ramai untuk mempelajari ilmu silat gayong. 


   Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dengan bacaan doa dan ucapan Penasihat PSSGMUMP, serta diteruskan dengan perasmian Gelanggang Naga Rantau oleh Yang Dipertua PSSGM, Dato' Adiwijaya Hj Abdullah. Majlis diakhiri dengan penyampaian sandang dan bengkong sehingga pukul 11.30 pagi.




**********

  Seterusnya, "Gala Night" iaitu majlis makan malam yang diadakan  pada 17hb Julai 2012 adalah bertujuan meraikan bakal2 alumni Naga Rantau. Mereka juga telah banyak berusaha memperkenalkan Gelanggang Naga Rantau sehingga ke Perancis.

[Gambar kenangan bersama senior2 Naga Rantau]













**********

  Selain itu, pada 18 Julai 2012, ahli PSSGMUMP (Naga Rantau) juga telah dijemput untuk mengadakan persembahan di hadapan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah (Tuanku Canselor Universiti Malaysia Pahang) dalam majlis "Empower ECER Mahkota" anjuran UMP . Dikesempatan ini, Naga Rantau berpeluang untuk mempersembahkan demo dari puteri2 Cindai. Semoga dengan keberkatan demo kali ini, dapat memperkenalkan lagi gelanggang Naga Rantau ke seluruh negeri Pahang.

[Puteri2 Cindai Gelanggang Naga Rantau]






**********


  Mandi minyak juga diadakan di UMP Pekan bersebelahan rumah pengetua KK5 pada 19hb Julai 2012, yang bakal dihadiri Cikgu Amin Hamzah, seorang guru lama Silat Seni Gayong. Mandi minyak adalah sangat simbolik dengan dunia kependekaran pada zaman dahulu. Ia juga adalah bertujuan untuk pengubatan dan juga adalah untuk memberi kenyakinan kepada para pesilat untuk beranikan diri untuk mencempuh minyak panas. Disamping itu juga majlis mandi minyak ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan sifat disiplin antara pesilat semasa menjalankan upacara kerana semasa menjalankan upacara mandi minyak pesilat digalakkan untuk berzikir dan dilarang untuk berbual kosong. Majlis mandi minyak kali ini adalah majlis  kedua yang diadakan di ump.


Majlis Mandi Minyak yang pertama di UMP


*********


Sekian untuk entri kali ini. Semoga aktiviti2 yang dijalan mencapai objektifnya.
"Kami mohon pada-Mu Ya Allah agar dijauhkankan kami dari sebarang halangan dan masalah yang mengganggu kelancaran program. Semoga program yang akan dijalani kali ini mendapat keberkatan-Mu."
Amin.



No comments: