Waktu Latihan

Gelanggang Naga Rantau - UMP

Gambang : Selasa dan Khamis (Blok W)

Pekan : Selasa dan Rabu (Pusat Aktiviti Pelajar)

Masa : 9:00 malam

Warrior's Day, Konvesyen Naga Rantau - Gayong France

Tarikh   : 15hb Julai 2012 
Tempat : Pusat Pelajar UMP Pekan
Masa    : Pukul 9.00 pagi - 6.00 petang

  Warrior’s Day merupakan satu program pendedahan tentang seni persilatan yang terdapat di sekitar kawasan negeri Pahang, khasnya daerah Pekan dan ianya adalah pendedahan untuk masyarakat setempat serta ahli-ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaysia Pahang (PSSGM UMP), Warrior’s Day juga sebagai satu platform untuk ahli– ahli Gayong UMP mengenali diri dan menghayati bukan sahaja Silat Seni Gayong bahkan seni persilatan yang lain. Selain itu, merapatkan lagi silaturahim antara pertubuhan silat yang lain dengan pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaysia Pahang.

  Majlis bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran 10 perguruan seni silat sekitar negeri Pahang iaitu Pertubuhan Seni Silat Gayong Lian, Seni Silat Garuda Malaysia, Seni Silat Bangau Putih, Seni Silat Cekak Pusaka Purba, Seni Silat Sepelet Gunung Jati, Seni Silat Sembah Pahang, Seni Silat Gayong Seni Jati, Seni Silat Garis Laksamana Gerak Lian, Seni Silat Seri Menanti serta Seni Silat Cekak Terlak Pahang. 


Berikut adalah tentatif bagi Program Warrior's Day :-




**********



2 comments:

diarisatuhari said...

Lama dah tak update aktiviti ;D

Unknown said...

Assalamualaikum, bolehtak orang luar bukan pelajar ump nk belajar silat di ump ni??