Waktu Latihan

Gelanggang Naga Rantau - UMP

Gambang : Selasa dan Khamis (Blok W)

Pekan : Selasa dan Rabu (Pusat Aktiviti Pelajar)

Masa : 9:00 malam

KIKOS 3.0

ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


Pada tanggal 2 hingga 4 Disember 2016, Persatuan Silat Seni Gayong Universiti Malaysia Pahang (PSSGMUMP) Gelanggang Naga Rantau telah berjaya menganjurkan Kem Khidmat Komuniti & Motivasi Berasaskan Silat (KIKOS) 3.0 bertempat di Kempville Beach Resort, Kuantan dengan hasil kerjasama antara pihak PSSGMUMP dengan Sek. Men. Keb. Indera Syahbandar dan Sek. Men. Keb. Gambang. Kolaborasi ini merupakan kolaborasi yang ke-3 dan projek pada tahun ini diketuai oleh saudari Nor Azreen Binti Zabir.



Kem yang telah disertai oleh 25 orang pelajar daripada 2 buah gelanggang angkat PSSGM UMP iaitu gelanggang SMK Gambang dan SMK Indera Shahbandar, Pekan dibantu oleh 24 orang fasilitator daripada gelanggang Naga Rantau, UMP.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi mencapai objektif program iaitu untuk melahirkan dan mengukuhkan generasi yang cintakan ilmu, celik sejarah, berdisiplin, dan bersemangat kental sebagai lambang waris kepimpinan negara yang teguh.

Jumaat | 2 Disember 2016

Jam 2.30 petang, para peserta dan fasilitator telah bertolak dari kedua-dua kampus Pekan dan Gambang menuju ke tempat kem di Kempville Beach Resort, Kuantan. Kemudian, Program diteruskan lagi dengan penyampaian taklimat kursus oleh pengurus projek saudari Nor Azreen Binti Zabir.

Hari pertama membuka tirai dengan slot 'Khidmat Komuniti'. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan besar dan ditugaskan untuk membersihkan kawasan persekitaran di Pantai Kempadang. Selepas itu, peserta diberi masa untuk khidmat diri dan makan malam. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi seusai selesai sembahyang maghrib dan juga isyak iaitu slot 'Pelajaran Sejarah Gayong' yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Khairul Anwar bin Ahmad dan diiringi oleh Cikgu Mohd Firdaus bin Osman.
Cikgu Khairul Anwar (kiri) menyampaikan sejarah berkenaan silat

Tepat jam 10.00 malam, telah berlansungnya slot 'Ice Breaking'. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan secara rawak beserta seorang fasilitator setiap kumpulan. Beberapa permainan kecil dilakukan memeriahkan lagi suasana pada malam tersebut.


Sabtu | 3 Disember 2016

Hari kedua dimulakan dengan senaman pagi dan larian di tepi Pantai Kempadang. Selepas itu, program diteruskan dengan slot ‘Latihan Silibus Gayong’. Slot ini dibahagikan kepada empat bahagian; pelajaran latihan asas, pelajaran seni kombat, pelajaran seni kunci mati dan pelajran seni pentas hidup. Latihan ini adalah pecutan terakhir sebelum ujian kenaikan bengkung keesokan harinya.



Latihan Silibus Gayong

Seusai solat Asar, tepat jam 5.00 petang slot ‘Explorace’ dimulakan dan setiap kumpulan dikehendaki pergi ke 4 checkpoint yang berlainan. Checkpoint pertama ialah ‘Bowling Stokin’. Dalam chechpoint ini, peserta harus menggunakan stoking masing-masing bagi menjatuhkan pin-pin bowling tersebut. Checkpoint seterusnya ialah ‘Kuiz Sejarah Gayong’. Para peserta harus menjawab berberapa soalan berkaitan ‘Pelajaran Sejarah Gayong’ yang disampaikan oleh Cikgu Khairul Anwar sebelum ini. Peserta perlu melalui berberapa halangan.


Laluan berhalang

Checkpoint yang ke-3 ialah ‘Paku Gantung’. Para peserta diberikan 9 paku dan perlu mendirikan paku tersebut dalam susunan tersendiri. Dan checkpoint yang terakhir ialah ‘Menara cawan’. Ketua akan diberikan contoh susunan dan perlu menyampaikan kepada orang kedua dalam bahasa isyarat. Orang kedua pula akan diikat tangan dan memberikan arahan kepada ahli yang lain tetapi ahli yang lain diikatkan matanya. 

Peserta sedang melakukan aktiviti 'Menara Cawan'

Sesudah selesai khidmat diri dan makan malam, para peserta bersama-sama dengan fasilitator menunaikan solat secara berjemaah. Bagi mengisi ruang yang ada antara waktu Maghrib dan Isyak, aktiviti yang dilakukan ialah Kelas Tajwid Al-Quran. Slot ini dikendalikan oleh saudara Faaizuddin dan dibantu oleh saudara Saufi, Nabil dan saudari Marliza. Tujuan slot ini ialah untuk memastikan bacaan surah-surah ringkas dibaca dengan betul dan tepat. 


Ahad | 4 Disember 2016

Pada hari terakhir, aktiviti pagi dimulakan dengan pembukaan gelanggang oleh imam gelanggang senaman pagi. Latihan dilakukan sebelum ujian kenaikan bengkung sebagai persediaan yang terakhir. Tepat jam 10.00 pagi ujian kenaikan bengkung bermula dan dikendalikan oleh gurulatih PSSGM Pahang cikgu Mohd Khairul Anwar bin Ahmad. Ujian berlansung selama empat jam sahaja. Ujian berakhir dengan ucapan dan pesanan dari Cikgu Khairul Anwar kepada semua peserta dan juga fasilitator. 



Ujian Kenaikan Bengkung

Akhir sekali, majlis penutup diakan secara besederhana sahaja dengan ucapan dari pengurus projek dan penyampaian hadiah untuk peserta.



Sebarang pertanyaan lanjut / jemputan untuk PSSGM UMP (Gelanggang Naga Rantau) boleh dilakukan melalui email di pssgmump@gmail.com

Kursus Kapak anjuran PSSGM PAHANG bersama PSSGM UMP


ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


Assalamualaikum wbt.

Majlis Gurulatih PSSGM Bahagian Negeri Pahang akan menganjurkan "Kursus Seni Kapak" dengan kerjasama dari Gelanggang Naga Rantau PSSGMUMP dan Universiti Malaysia Pahang pada 21 & 22 November 2015 ini.

Berikut adalah perincian maklumat Kursus tersebut:

Kursus Kapak anjuran PSSGM Negeri Pahang.
Tarikh: 21 - 22 Nov 2015
Tempat: Pusat Aktiviti Pelajar, UMP kampus Pekan.
Bayaran: RM100 (termasuk makan minum, bayaran tenaga pengajar, sijil dll)
Tenaga Pengajar : Cikgu Rahim Masrom, YDP PSSGM Negeri Pahang dan pembantu2 (Gurulatih2 PSSGM Pahang)
Penginapan : Tidak disediakan (tetapi pihak penganjur boleh tolong carikan.)



Syarat-Syarat:
1) Murid Gayong yg sudah perlimau Seni dan *Ahli PSSGM berdaftar.
2) Berbengkung Merah ke atas (Pembantu Gurulatih sangat dialu-alukan).
3) *Deposit RM30 sebelum 20 Nov 2015 dan maklumkan pada urusetia (nombor tertera pd poster).
4) *Tidak mengikut syarat (1) & (2) tetapi mdapat Kebenaran dari pihak Majlis Gurulatih Negeri masing2.

*Rujuk pada urusetia untuk keterangan lanjut.

***pihak kami juga dalam proses menyiapkan T-Shirt Kursus Seni Kapak pada kadar harga yg rendah.(tidak termasuk dlm yuran kursus) insyaAllah maklumat terperinci akan diwar-warkan pada peserta yg berdaftar.


TENTATIF

KURSUS SENI KAPAK

SABTU 21 Nov 2015:
8.00 - 9.00 Pagi = Pendaftaran & Sarapan di Cafe bawah PAP
9.00 - 12.30 Tgahari = Latihan Seni Kapak Slot 1
12.30 - 2.00 Petang = Rehat. Solat. Makan Tengahari.
2.00 - 5.00 Petang = Latihan Seni Kapak Slot 2
5.00 - 8.30 Malam = Rehat. Solat. Makan Malam.
8.30 - 12.00 Malam = Latihan Seni Kapak Slot 3

AHAD 22 Nov 2015:
8.00 - 9.00 Pagi = Sarapan di Cafe bawah PAP
9.00 - 12.30 Tghari = Latihan Seni Kapak Slot 4 (Slot terakhir)
= Majlis Penutup, penyampaian Sijil Kursus, cenderahati dll.
12.30-2.00 Petang = Rehat. Solat. Makan Tengahari.

*TAMAT KURSUS SENI KAPAK



MAJLIS SESI BERSAMA GURU TUA & PERLIMAU

AHAD 22 Nov 2015

2.00 - 5.00 Petang = Sesi bersama Guru Tua jemputan. (InsyaAllah dlm perancangan utk slot Cikgu Azizan, guru tua yang 'ditinggalkan' oleh ADMAR tahun 70-an dlu utk mengembangkan Gayong di Pahang. Jemputan bersama juga Cikgu Rahim Naga Chini dan Cikgu Mad Lebai).

5.00 - 8.30 Malam = Rehat.

8.30 Malam - 12.00 Malam = Majlis Perlimau Tapak & Seni ahli PSSGM Pahang.

*TAMAT MAJLIS SESI BERSAMA GURU TUA & PERLIMAU

Diharapkan majlis ilmu ini diberkati oleh Nya. Amin.



Sebarang pertanyaan lanjut / jemputan untuk PSSGM UMP (Gelanggang Naga Rantau) boleh dilakukan melalui email di pssgmump@gmail.com

Bengkel Tanjak bersama Johan Iskandar di UMP Pekan



Sebarang pertanyaan lanjut / jemputan untuk PSSGM UMP (Gelanggang Naga Rantau) boleh dilakukan melalui email di pssgmump@gmail.com

Jawatankuasa baru PSSGM UMP sesi 2015/2016


Pada 18 Oktober 2015, PSSGM UMP telah mengadakan Annual Grand Meeting bagi melantik Jawatankuasa baru bagi sesi 2015/2016. Berikut merupakan carta organisasi Majlis Tertinggi PSSGM UMP sesi 2015/2016.

MAJLIS TERTINGGI
Pengerusi : Muhammad Faaizuddin bin Feardaus
Timb. Pengerusi : Abdul Muiz bin Moktar
Setiausaha(gambang): Marliza binti Ismail
Setiausaha(pekan) : Nurul Syuhada Ayuni binti Mohd Ghani
Bendahari(gambang) : Muhammad Arham Irhami bin Mohd Nazri
Bendahari(pekan) : Muhammad Azfar Safwan bin Nordin

MAJLIS GURULATIH
Pengerusi : Wan Muhammad Amirul Ikmal bin Wan Musthapa
Setiausaha : Sharifah Nurfaziera bt Syed Salim

MAJLIS ADAT
Pengerusi : Muhamad Syakir bin Sahimi
Setiausaha : Nur Shafiqah binti Mohd Shaharudin

MAJLIS PENCAK SILAT
Pengerusi : Muhamad Solehin bin Norlin
Setiausaha : Nur Ayunni bt Mohd Shukur

MAJLIS PUTERI GAYONG
Pengerusi : Nur Syahiba Haseena binti Ahmad Sowhini
Setiausaha : Ainnur Atiah binti Mohamed

Biro penerangan :Rafiq Izzudin bin Radzali

Barisan Jawatankuasa PSSGM UMP sesi 2015/2016 baru dilantik.
Selamat Melaksanakan Amanah !


Antara ahli-ahli PSSGM UMP yang turut hadir semasa AGM.


Sebarang pertanyaan lanjut / jemputan untuk PSSGM UMP (Gelanggang Naga Rantau) boleh dilakukan melalui email rasmi pssgmump@gmail.com


Kursus Seni Bela Diri Wanita 2.0

Tarikh : 14 Disember 2014
Masa : 8am-5pm
Tempat : Gelanggang Futsal, UMP Kampus Gambang.

Tujuan Aktiviti :

Program ini bertujuan memperkenalkan dan mengajar kaum wanita salah satu seni bela diri berasaskan silat, iaitu buah pukulan wanita.

Buah Pukulan wanita adalah buah pukulan yang dicipta khas untuk wanita. Oleh sebab wanita tidak mempunyai daya kekuatan setanding dengan lelaki, pukulan ini dicipta lebih mudah berbanding pukulan biasa mahupun pukulan maut. Pukulan ini sering diajarkan kepada semua pesilat wanita dan juga kepada pesilat lelaki berbengkung kuning dan gurulatih.

Keistimewaan seni pukulan wanita ini adalah , sedikit sahaja tenaga yang digunakan namun mampu memberi kesan yang agak hebat kepada lawan khususnya kepada kaum lelaki.

Program ini akan memberi pendedahan dari segi teori serta praktikal kepada para wanita untuk dipelajari dan dipraktikkan. Program yang berlangsung selama sehari ini dapat memberi manfaat yang banyak khususnya kepada para wanita di luar sana di mana mereka akan memperoleh sedikit sebanyak tentang seni bela diri bagi wanita.

Program ini akan bermula dengan sesi pengenalan dan teori asas mengenai seni bela diri wanita berasaskan silat dan slot seterusnya adalah sesi demonstrasi oleh guru silat dan ahli silat untuk ditunjukkan kepada para pelajar wanita.



Atur Cara Program :


Booklet yang dicetak khas untuk para peserta Kursus Seni Bela Diri Wanita.
   

Aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan slot pertama.



SLOT 1 : TITIK LEMAH (vital points)


Para peserta diberi keterangan definisi 'Titik Lemah' dan kegunaannya. Mereka turut diberi peluang mempelajari dan mengaplikasikan titik asas bagi Titik Lemah pada anggota badan meliputi tangan, muka, badan dan kaki.

                

SLOT 2 : ‘TEKNIK ELAKAN’ dan ‘MENANGKIS TANGAN KOSONG’

Peserta diajar teknik-teknik asas mengelak dan menangkis serangan tangan kosong dan bersenjata seperti pisau. Slot latihan diteruskan sehingga jam kira-kira 1.00 petang. Setelah itu peserta diberi masa untuk berehat sehingga jam 2.30 petang.


SLOT 3 : REAL-CASE SIMULATION


Merupakan game di mana peserta perlu menghadapi satu simulasi situasi sebenar diserang penjenayah individu dan berkumpulan yang menggunakan senjata seperti pisau. Selesai game, peserta diberi peluang untuk berlatih bersama pasangan lawan yang bersenjata dengan di awasi oleh para jurulatih dan pembantu jurulatih.




Slot terakhir berakhir sekitar jam 5 petang. Jurulatih utama, cikgu Shaiful Hakim diberi penghormatan untuk mengucapkan sepatah dua kata kepada para peserta dan disusuli oleh pengarah program, Siti Fatimah. Acara penyampaian hadiah sebagai penghargaan kepada cikgu Shaiful Hakim, jurulatih-jurulatih jemputan dan pengarah program menjadi penutup majlis.


Majlis bersurai.


Cikgu Shaiful Hakim bersama para peserta Kursus Seni Bela Diri Wanita 2.0


Cikgu Shaiful Hakim bersama para peserta & pembantu jurulatih Kursus Seni Bela Diri Wanita 2.0


Cikgu Shaiful Hakim bersama para pembantu jurulatih Kursus Seni Bela Diri Wanita 2.0



Sebarang pertanyaan lanjut / jemputan untuk PSSGM UMP (Gelanggang Naga Rantau) boleh dilakukan melalui email di pssgmump@gmail.com

SEKAP 2.0

ﺑﺳﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ


Assalamualaikum W.B.T ,


 Pada 17-19 Januari 2014 yang lalu, PSSGM UMP telah mengadakan satu program “Selangkah ke Alam Pendekar (SEKAP 2.0)”. Seramai sekitar 90 orang pesilat telah menyertai aktiviti yang diadakan di Teluk Gorek Chalet & Camp Site, Endau, Johor ini.


Hari Pertama : 17 Januari 2014 (Jumaat)

Bas dari UMP Kampus Gambang dan Kampus Pekan telah bertolak kira-kira jam 3 petang dari kampus masing-masing dan kami tiba di sana sekitar waktu Maghrib.


Setelah mendirikan khemah dan menunaikan solat Isyak’, pesilat-pesilat telah berkumpul di surau chalet untuk Majlis Perlimau Tapak dan Perlimau Seni. Sebelum itu, cikgu Shaiful Hakim telah berkongsi sedikit tentang ilmu manzil kepada para pesilat sebagai bekalan pada masa hadapan. Majlis tamat menjelang tengah malam.









Hari Kedua : 18 Januari 2014 (Sabtu)

Setelah solat Subuh berjemaah dan kuliah Subuh, para pesilat telah bersedia dan berkumpul di dataran kecil untuk senaman pagi sebelum acara seterusnya iaitu Ujian Kenaikan Bengkung.

adat membuka gelanggang


Ujian tamat pada awal petang dan kami dibenarkan untuk berehat sebelum berkumpul semula pada kira-kira jam 5.30 petang. Pada jam 5.30 petang, setelah cikgu Hakim tiba, srikandi-srikandi diajar tari Cindai,gerakan Cindai dan Buah Cindai untuk diuji nanti. Setelah selesai mengajar srikandi, cikgu Hakim mengajar Buah Pukulan Maut kepada panglima-panglima yang sedia menunggu di tepi pantai.Kami selesai berlatih sebelum azan Maghrib berkumandang.

 Malam itu selepas solat Isyak, kami dibenarkan untuk berehat sehingga tengah malam kerana aktiviti seterusnya adalah solo night. Kira-kira jam 12 tengah malam kami telah berkumpul semula. Setelah diberi taklimat ringkas oleh cikgu Hakim tentang aktiviti yang bakal kami jalankan nanti, iaitu solo night, masing-masing diberi kain untuk digunakan sebagai penutup mata. Setibanya di suatu kawasan kami diminta untuk menutup mata kami sebelum perjalanan diteruskan dengan keadaan kami berbaris panjang. Kemudian kami telah dipisah-pisahkan dan dikehendaki duduk di tempat-tempat tertentu.


Setelah beberapa jam, cikgu menghampiri setiap pesilat yang ditinggalkan bersendirian dan memberi salam sebelum membawa kami masuk semula ke dalam barisan tadi. Kami tiba di tapak perkhemahan semula kira-kira jam 5 pagi.



Hari ketiga : 19 Januari (Ahad)

Setelah bersarapan, srikandi-srikandi telah turun berlatih tari Cindai dan buah Cindai di tepi pantai sementara menanti kehadiran Cikgu Hakim. Latihan Cindai turut disertai panglima-panglima yang bakal diuji sekali.


Selesai solat Zuhur, kami bertolak ke tempat ujian iaitu sebuah air terjun kecil di kawasan hutan setempat. Alhamdulillah genting berjaya dipecahkan Ibu-ibu Cindai, Suhanna dan Ummi.